Selamat sejahtera saya adani ingin bercerita perihal bagaimana fizik boleh mnjadi sebahagian dalam kehidupan saya.Saya mula sedar bertapa meluasnya penggunaan fizik dalam pelbagai institusi misalnya dalam perubatan,perkapalan,penerbangan,perindustrian dan sukan malah boleh menjadi lebih lagi.saya mula meminati fizik kerana guru saya sering memberi inspirasi kepada saya dan memberi banyak gambaran mengenai fizik yang kadangkala saya fikir seperti magik misalnya fatamorgana yang merupakan ilusi optikal yang sering juga saya lihat di jalanan apabila matahari terik yang pada mulanya saya menyangka lopak air tetapi ia hanya merupakan pembiasan dari cahaya matahari.ada juga situasi dimana guru saya menunjukkan gambar dimana orang yang gemuk berdiri di atas papan telur dan yang pelik telur tidak ada satu pun yang pecah?btullah konsep p=F/A.Begitu juga dalam perubatan guru saya pernah berkata majoriti fizik banyak menyumbang dalam perubatan kalau tidak ada fizik mungkin tidak ada alatan canggih seperti sekarang.Misalnya penggunaan kamera optik gentian yang dilepaskan kedalam perut/usus pesakit untuk mengesan luka atau kanser usus. Mengenai sukan pula misalnya tendangan ronaldo yang popular iaitu 'Banana Kick' yang menggunakan prinsip Bernoulli dimana halaju adalah berbeza dari atas,tepi(kiri/kanan),bawah bahagian bola jadi wujudnya satu daya yang akan menolak bola ke sisi.Bunyi cawan kaca resonan yang mengeluarkan alunan merdu..lori yang mengenakan rantai di belakang di biar berjuntai juntai biasanye lori tan minyak supaya megelakkan berlaku pembakaran dan menurunkan segala cas kebumi yang bersifat neutral dan ade jugak saya nampak kepala lori dgan barang muatan lori jaraknya agak jauh ye kenapa?kerana ingin mengurangkan impak kemalangan yang dapat mengurangkan kerosakan pada barang muatan.Jadi disinilah bermulanya fizik dalam kehidupan saya.sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment