Saya ingin berkongsi satu kisah yang saya alami sewaktu saya 16 tahun dan kisah itu berkait rapat dengan konsep fizik.
Kisah ini bermula dengan satu hari tu saya mengalami demam yang teruk sehingga menyukarkan saya untuk bangun dan bergerak. Kejadian ini berlaku di asrama. Disebabkan badan saya terlalu panas,saya meminta bantuan salah seorang rakan saya untuk segara mengambil tuala dan membasahkan tuala tersebut lalu meletakkannya di dahi saya. Setelah beberapa jam,suhu saya mula menurun dan badan saya tidak lagi panas. Lalu saya berterima kasih kepada rakan saya dan mula memberitahu bahawa terdapat konsep fizik disitu yang menyebabkan suhu saya menurun sewaktu meletakkan tuala tersebut. Konsep ini dipanggil "keseimbangan terma". Konsep ini bermula apabila suhu tuala itu lebih rendah daripada suhu badan saya. Tenaga haba telah dipindahkan daripada badan saya ke tuala tersebut sehinggalah keseimbangan terma dicapai. Oleh itu,suhu saya telah menurun disebabkan tenaga haba yang telah dipindahkan dari badan saya ke tuala tersebut. Dan akhirnya,suhu badan saya kembali normal.
Sekian sahaja dari saya.Terima kasih.
No comments:
Post a Comment