Cerita bermula disini.ketika saya di tingkatan 4,cikgu saya yang bernama Puan Norseha mengarahkan kami untk ke bilik mesyuarat seperti hari-hari yg sebelumnya.Maka,kami satu kelas pergi ke bilik mesyuarat untuk belajar subjek fizik.Topik yg bakal kami pelajari ialah berkenaan dengan hukum gas.Hukum gas terbahagi kepada tiga iaitu hukum boyle,hukum charles dan hukum tekanan.Tetapi Puan Norseha ada memberi satu contoh iaitu kek yg sudah di bancuh lalu diletakkan ke dalam loyang dan dimasukkan ke dalam oven,tetapi kek itu seperti sudah masak namun kek itu tidak mengembang kepada saiz yg sepatutnya.Lalu Puan Norseha ada menyebut satu perkataan berkaitan kek yg tidak mengembang itu,beliau seperti meminta pelajarnya memberikan idea tentang perkataan yg ingin di sebutnya.Lalu saya yang sudah faham akan maksudnya scara spontan menyebut perkataan bantat.Ya, bantat adalah satu perkataan yang digunakan jika kek yg sudah masak tetapi tidak mengembang,kiranya kek itu blh di makan namun kelembutan dan rsanya lain.Jadi apabila saya menyebut perkataan bantat itu semua kawan sekelas saya memandang saya dengan muka terkejut mereka,saya pun tersipu malu.Yalah saya faham ekspresi muka mereka.Mereka fikir saya sedang mencarut.Tetapi Puan Norseha bersetuju dgn perkataan itu.Akhir cerita kelas sejam kami tamat begitu saja dan puan Norseha hanya dapat mmberikan pengenalan kepada topik yg kami bincangkan.Disebabkan oleh satu perkataan itu riuh satu bilik mesyuarat kerana mereka tidak pernah mendengar perkataan bantat itu.
No comments:
Post a Comment