FROM faiz_nad98@yahoo.com

Ini adalah kisah antara saya bersama 3 sahabat baik saya yang kini telah mengikuti haluan masing masing . Segalanya bermula di gelanggang ais di pusat beli belah terkenal , Sunway Pyramid. Ketika memasuki gelanggang ais tersebut kesemua kami tidak dapat mengawal pergerakan kami dan terus terjatuh. Saya pun berkata "geseran antara permukaan ais dan kasut amat sikit menyebabkan kita terjatuh" Selepas bebarapa kali terjatuh , saya mencadangkan untuk menolak kaki secara serenjang dengan arah kasut agar boleh bergerak ke depan . Kawan saya tergelak kecil dan mengatakan saya bercakap seperti seorang ahli fizik. Memori indah bersama rakan ini menyebabkan saya tidak boleh lupa konsep fizik ini.


No comments:

Post a Comment