Aplikasi Prinsip Tekanan Udara Dalam Kehidupan Harian.
Saya ingin menerangkan konsep fizik dalam kehidupan harian kita iaitu tekanan udara. Pelbagai peralatan dalam kehidupan seharian kita beroperasi dengan menggunakan prinsip tekanan udara. Tanpa tekanan udara, banyak peralatan tidak dapat berfungsi dengan seperti yang kita harapkan. Saya tidak menyangka yang tekanan udara penting untuk memastikan sesuatu objek itu berfungsi dengan baik. Bagaimana tekanan udara memainkan peranan untuk membolehkan alat-alat tersebut berfungsi? Antara konsep fizik dalam kehidupan yg berlaku ialah apabila kita menyedut minuman dengan menggunakan straw. Kawan saya pernah bertanya kepada saya mengapa apabila kita menyedut minuman dengan straw, air akan naik ke atas. Ini menyebabkan saya terfikir yang bagaimana ia boleh berlaku. Semasa tengah berfikir mengenainya, saya teringat yang saya pernah belajar konsep ini dalam subjek fizik masa form 4. Saya masih ingat bagaimana cikgu saya menerangkan mengenainya.Ia berkaitan dengan konsep tekanan. Apabila udara disedut, kawasan dalam penyedut akan menghasilkan kawasan tekanan rendah. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar akan menolak air masuk ke dalam. Jadi sebab itulah apabila kita menyedut dengan straw, air akan naik keatas melalui straw tersebut. Saya menerangkan sedemikian kepada kawan saya dan ternyata kawan saya agak terkejut kerana dia tidak menyangka yang konsep fizik sebenarnya berlaku dalam kehidupan seharian tanpa kira sedari. Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar fizik kerana dapat kaitkan fizik dengan kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment