FROM fiqah20088@gmail.com

Hai semua!

Konsep Fizik yang paling saya ingat adalah mengenai konsep Tekanan.
Ini kerana saya gemar memakai 'Drawstring Bag' tapi bahu saya pasti sakit apabila saya bawa beg ini ke kelas namun saya jumpa solusi untuk mengurangkan tekanan dan kesakitan pada bahu saya. :)
Okay, saya jenis pelajar yang suka gabungkan (compile) lecture note saya setiap subjek hingga habis sem ini kerana saya jenis yang pelupa dan tidak suka lecture note saya bersepah dan tidak kemas. Jadinya, setiap lecture saya akan bawa semua lecture note saya untuk satu sem mengikut jadual pada hari tersebut. 
Cuba anda bayangkan jika saya bawa 'Drawstring Bag' ke kelas? Pasti bahu saya akan sakit bukan? jadinya disini saya mengenakan konsep tekanan dimana, Semakin luas permukaan, Semakin kurang tekanan yang dikenakan. Ini adalah salah satu sebab dimana saya lebih gemar memakai beg sandang yang mempunyai 'pad' yang besar, jadinya bahu saya tidak sakit bukan? 
Konklusinya, saya amat mengingati konsep fizik ini kerana konsep ini dapat mengurangkan kesakitan pada bahu saya. 
p/s: Tips penting, jangan pakai 'drawstring bag' jika anda membawa barang yang banyak kerana anda pasti menyesal sepanjang hari. Sekian :) 

No comments:

Post a Comment