Assalamualaikum..
Di sini saya nak kongsi tentang prinsip pascal yang telah dipelajari semasa tingkatan 4. Antara contoh aplikasi prinsip pascal adalah jek hidraulik, brek kereta, omboh, ubat gigi dan banyak lagi. Saya berbesar hati untuk kongsi cerita ini kerana saya pernah melihat kartun 'Detective Conan' yang menggunakan konsep ini untuk melakukan pembunuhan.
Tapi sebelum tu, saya ingin memberitahu sedikit tentang konsep ini dimana konsep ini berkaitan dengan cecair. Saya ambil contoh mudah ubat gigi. Apabila jari kita ditekan ke atas ubat gigi tu makan ia dapat menghasilkan satu tekanan. Tekanan itu akan berpindah ke seluruh cecair ( ubat gigi ) secara seragam. Kemudian, baru lah ubat gigi keluar dan boleh digunakan. Contoh kedua adalah tentang jek hidraulik. Jek hidraulik digunakan bertujuan untuk mengangkat satu beban. Apabila satu daya,F1 dikenakan ke atas permukaan jek hidraulik, A1 maka tekanan akan terhasil. Tekanan itu akan berpindah ke seluruh cecair secara seragam dan akhirnya menyebabkan satu daya yang lebih besar dihasilkan, F2. Pasal Detective Conan tu, mereka satu kumpulan pergi ke sebuah rumah di dalam hutan. Setiap, petang ada antara mereka yang keluar bersiar-siar untuk melihat pemandangan hutan dan kebanyakan daripada nya meninggal. Apabila bilangan orang yang meninggal semakin ramai, Conan pun terus menjalankan penyiasatan. Hasil daripada penyiasatan, Conan menjumpai satu 'remote control' di tempat tersembunyi. Pembunuhan berlaku apabila mangsa berdiri di atas segi empat sama dan dihadapannya terdapat satu binaan yang tinggi dan tajam seperti duri di batang pokok. Apabila si pembunuh melihat orang berdiri di situ, maka si pembunuh akan menekan 'remote control' itu untuk menghasilkan tekanan. Tekanan berpindah ke seluruh cecair dan menyebabkan satu daya besar terhasil. Mangsa itu terbang ke atas dan tercucuk pada binaan tajam tu. Penyiasatan mendapati bahawa di bawah segi empat sama itu terdapat air dibawahnya.
Itu sahaja cerita daripada saya. Terima kasih :)
No comments:
Post a Comment