FROM amrlhxkimi@gmail.com
Saya Amirul Hakimi bin Jamil, pelajar 1SSCF mempunyai minat yang pelbagai. Dulu-dulu masa kecil, cita-citaku menjadi doktor pakar, pakar neurologi. Akan tetapi, semakin meningkat usia, cita-cita saya menjadi samar, saya masih tak nampak apa vision saya untuk masa depan. Akhirnya, ketika di Asasi UiTM (langit paling lawa) dulu, saya meminati subjek fizik setelah di tengking hebat oleh pensyarah saya kerana mendapat markah test yang amat rendah, sejak dari masa itu, saya ingin menyambung pelajaran dalam bidang fizik, Dengan bidang fizik ini, saya dapat memilih pelbagai haluan dalam bidang kerjaya dan kerjaya pilihan saya ialah jurutera tekno hijau. Kerana apa? kerana saya amat suka melihat keadaan sekeliling lagi lagi di kawasan taman taman hijau dan sewaktu dengannya. Oleh itu, dengan jadi jurutera tekno hijau, saya harap dapat membantu diri, masyarakat serta alam ini ke arah lebih bersih, aman, tenang dan berkeyakinan sepanjang hayat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment