Saya sentiasa mempunyai masalah apabila ditanya tentang kerjaya kerana kerjaya saya sentiasa berubah-ubah. Ketika di bangku sekolah rendah, cita-cita saya adalah menjadi ustazah kerana saya sangat suka subjek bahasa Arab. Tetapi, apabila di bangku sekolah menengah, cita-cita saya telah berubah apabila saya mempelajari subjek fizik. Ketika itu, saya ingin menjadi seorang juruterbang. Tetapi, cita-cita saya tergantung sepi sebab 'Flying school' sudah tiada dan kos untuk menjadi seorang juru terbang sangat tinggi. Cita-cita saya masih tergantung sepi sehingga saya berada di matrikulasi tetapi segalanya sudah berubah setelah saya dapat course fizik industri di UTM. Saya rasa sangat bertuah kerana apabila saya terima course tersebut, saya dapat mengenal pasti kerjaya saya untuk 4 tahun akan datang iaitu ingin menjadi seorang jurutera di syarikat Petronas.
-Nur Athirah Syahirah Mohd Khairi 
No comments:
Post a Comment