FROM intankamaruzzaman5@gmail.com
Assalamualaikum....Kerjaya 4 tahun akan datang?...jadi masa tu umur saya dah 22/23...hehehe ini memang cita cita dari kecik....Memang minat nak jadi seorang guru, pensyarah ,private tutor dan semualah yang seangkatan dengannya..Hahaha tapi tak nak ambik kos pendidikan sebab saya nak belajar seperti manusia biasa tanpa didedahkan dulu dengan dunia pendidikan...sebenarnya saya ambil kos fizik industri ini sebab saya dah buat perancangan kalau keputusan pngk saya untuk semua semester cemerlang saya nak teruskan niat untuk jadi seorang pensyarah....tapi jika keputusan pngk saya sekadar cukup makan...saya nak jadi seorang engineer atau pun business woman....Bagi pendapat saya, kos fizik industri ini dapat membantu saya mendapat peluang pekerjaan yang cerah berbanding pelajar yang mengambil terus kos kejuruteraan...Ini kerana pelajar fizik dapat mengaplikasikan apa yang kami belajar bukan sekadar untuk menjadi seorang jurutera tetapi mampu menjadi seorang pensyarah, pembantu makmal, saintis, penyelidik....Banyak kerjaya yang terbentang di luar sana yang ada kaitannya dengan fizik....Oleh sebab itu saya yakin bahawa kos fizik industri ini mampu membantu saya mengukir masa depan yang cerah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment